Karnival Kerjaya MYFutureJobs OKU & TVET

01 Mar 2024

Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menganjurkan program PERKESO 2024 : Tiada Yang Terpinggir Karnival Kerjaya MYFutureJobs OKU & TVET pada 1 hingga 3 Mac 2024, di Ideal Convention Centre, Shah Alam (“IDCC”) dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2024. Pada majlis tersebut, bagi menghargai usaha dan pembudayaan majikan dalam menyokong pengambilan pekerja golongan OKU secara aktif, 99 Speed Mart Sdn Bhd telah terpilih sebagai penerima PENGHARGAAN MAJIKAN KESUMA MADANI OKU kerana telah mengajikan seramai 90 pekerja kelainaan Upaya (OKU) daripada pelbagai jenis ketidakupayaan. Penghargaan ini merupakan pengiktirafan kepada penglibatan majikan dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada semua golongan untuk lebih berdaya saing bagi meningkatkan mutu pekerja mahir pada masa akan datang.