Bencana Banjir di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang

27 Dec 2023

Bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama ketika bencana membentuk salah satu falsafah perniagaan 99 Speedmart. Berikutan bencana banjir yang melanda negeri Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang lepas, 99 Speedmart telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM75,000 berupa Kit Makanan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menyalurkan kepada keluarga yang terjejas. Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara SK Tasik Bakong Rantau Panjang, Kelantan, YB Datuk Aiman Athirah Bt Sabu,Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bersama Pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah bersama pengurusan 99 Speedmart menyerahkan sebanyak 600 kit makanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan serba sedikit beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir.