Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sempena Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022

03 Dec 2023

Majlis Paralimpik Malaysia telah menganjurkan Majlis Penyampaian Wang Tajaan Pemenang Pingat Sempena Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 yang telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia YH Dato Sri Megat D Shahriman Bin Dato Zaharudin bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia (PKSPM), Kg Pandan. 99 Speedmart telah memberi penajaan berjumlah RM37,500 kepada 39 pemenang pingat pada Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 iaitu keseluruhan pingat (7 Emas,15 Perak dan 17 Gangsa). Diharapkan dengan penajaan ini dapat memberi suntikan semangat kepada para atlet yang banyak berkorban masa dan tenaga serta terus berjuang demi membawa nama Malaysia ke serata dunia.