Simbolik Penyerahan Kit Makanan Bencana

01 Dec 2023

Simbolik penyerahan Kit Makanan Bencana bernilai keseluruhan RM400,000.00 kepada Y.A.S. Dato' Ts. Norhisham Bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sumbangan Kit Makanan ini bertujuan untuk kesiapsiagaan anggota bomba menghadapi Monsun Timur Laut serta memberi bantuan awal kepada mereka yang terjejas semasa musim banjir ini. Pada majlis ini juga, sukacita dimaklumkan 99 Speedmart telah menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela 99 Speedmart Malaysia selaras dengan matlamat penubuhan seperti berikut : 1. Mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat Malaysia. 2. Membantu kepada aktiviti sukarelawan dan kebajikan kepada masyarakat jika berlakunya bencana alam. 99 Speedmart komited dengan kerjasama yang dijalinkan ini , semua sukarelawan kami di seluruh negara akan mendapat pengalaman serta dalam masa yang sama dapat membantu memberikan bantuan awal yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang.