99 Speed Mart Sdn Bhd (East Malaysia) Majlis Makan Malam Tahunan ke-10

11 Nov 2023

Pada 11 November 2023, 99 Speedmart Sdn Bhd (East Malaysia) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan ke-10 bertempat di Nexus Karambunai, Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah serta Yang Berusaha Tuan Georgie Abbas, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Sabah atas kesudian hadir pada malam yang bersejarah ini. Pada malam itu juga, 99 Speedmart (East Malaysia) telah menyampaikan sumbangan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah iaitu sebuah van untuk kegunaan penghantaran barangan serta kerja-kerja menyelamat dan 500 unit Bakul Rahmah berjumlah RM25,000.00 kepada KPDN Sabah yang telah disampaikan oleh En Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd.