Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2023

17 Nov 2023

99 Speedmart telah bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengagihkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan sebagai persediaan dalam menyambut perayaan. Bertempat di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, telah diadakan satu Majlis Simbolik Penyerahan sebanyak 2,000 unit bakul makanan berjumlah keseluruhan RM90,000.00 kepada YB Tuan V.Sivakumar, Menteri Sumber Manusia. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat mendatangkan lebih keceriaan kepada mereka yang menyambut Perayaan Deepavali pada tahun ini.