Majlis Makan Malam Tahunan ke-36

09 Sep 2023

Pada 9 September 2023, 99 Speedmart telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan ke-36 bertempat di DoubleTree By Hilton Shah Alam i-City. Pada malam yang bersejarah ini, platform pembelian barangan secara pukal dalam talian atau lebih dikenali sebagai 99 Bulksales telah dilancarkan dengan kawasan penghantaran bermula di Shah Alam dan juga Klang Selatan. Pelanggan boleh mengimbas QR code seperti tertera atau layari http://www.99bulksales.my untuk maklumat selanjutnya. Pada malam itu juga, 99 Speedmart telah menyampaikan sumbangan kepada National Cancer Society Malaysia, Konfederasi Hoki Malaysia dan juga Majlis Paralimpik Malaysia berjumlah keseluruhan RM1.05 juta yang disampaikan oleh Yang Berusaha En Lee Thiam Wah, Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd.