Majlis Perasmian Kempen Jualan Rahmah

23 Mar 2023

Majlis Perasmian Kempen Jualan Rahmah 99 Speed Mart Sdn Bhd telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertempat di PPA1M Bukit Jalil. Kempen Jualan Rahmah ini yang berlangsung selama 1 bulan bermula 23 March sehingga 22 April 2023 menawarkan sebanyak 150 item yang terlibat potongan harga bermula 5% ke 30% dimana semua cawangan di Semenanjung Malaysia terlibat untuk kempen ini.